Tweet

ADS

Saturday 10 August 2013

History Of D7L

D7L asalnya telah di asaskan oleh En Arfizzi Zulkifli (Bilis - Chairman D7L) pada tahun 2007 bersama En Khairul Annuar (Nuar GT - 72 Vice Chairman). Pada ketika itu, keduanya merupakan ahli kepada Team GZJ (Geng Zahari Jaafar), team yang cukup popular dan dihormati ketika itu. Pada tahun 2008 mereka menubuhkan D7L secara rasmi dgn mengambil En Saiful Izwan (D7L1 - Protege Arfizzi) dan En ML Azlan (D7L5 - Protege Khairul) kedalam D7L . Sejak dari itu, D7L secara aktif mencari dan memilih anggota2 baru dan untuk diserap sebagai anggota organisasi. Sehingga kini D7L secara rasminya dianggotai oleh 10 org ahli D7L beserta 8 orang protage. Secara umumnya seluruh operasi D7L dipantau oleh En Arfizzi dan En Khairul Annuar dan diselia pantau oleh Penaung D7.

Setiap pemancing akan dinilai sepenuhnya oleh penaung D7L bersama khidmat nasihat dari Dewa Senior berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan semasa penubuhan team D7L. Setelah 80% daripada ciri-ciri yang diperlukan menepati syarat-syarat kemasukan D7L, setiap ahli D7L akan membuat undian untuk kata sepakat sebelum membuat penyerapan. Ini bermakna kemasukkan ahli D7L adalah amat ketat dan akan dinilai terlebih dahulu untuk memastikan qualiti dan pengalaman memancing ahlinya selaras dengan piagam dan qualiti yang telah ditetapkan semasa penubuhannya dahulu. D7L amat berpandangan jauh dan akan meneroka serta mengenal pasti setiap pelusuk kawasan memancing di serata tempat untuk mencari lapangan pancing yang terbaik untuk memenuhi objektif dan manifesto  sebagai pemancing profesional bertaraf dunia. Setiap ahli juga mendukung tanggungjawab membawa nama baik team ini memandangkan D7L kini mula dikenali melalui saluran internet, forum memancing dan media massa (Berita Harian, Majalah Umpan,Sirip & Pancing). D7L juga amat komited dan akan menyokong sepenuhnya pembangunan industri memancing di tanahair dengan bersedia membantu menyalurkan maklumat berkaitan memancing kepada pemancing lain berdasarkan pengalaman serta pengetahuan selepas  menceburi dunia memancing lebih dari 15 tahun.


Syarat-syarat penyertaan D7L

  1. Pengalaman memancing melebihi 10 tahun - 10 markah
  2. Setiap ahli hendaklah berpengalaman luas dalam dunia memancing serta sudi untuk menyalurkan pengalaman dan pengetahuan kepada ahli-ahli yang lain. - 10 markah
  3. Berpengalaman luas dalam semua arena memancing dan teknik Fresh/Saltwater gamefishing seperti Jigging, Popping, Casting, Fly Fishing. (Laut dalam, Sungai & pergunungan,Tasik, Kolam,) - 20 markah
  4. Dikenali dulu dan sekarang, berkemahiran tinggi serta mempunyai hasil tangkapan terbaik yang diiktiraf oleh pemancing yang lebih senior dan media massa.- 10 markah
  5. Mempunyai kelengkapan lengkap dan high end untuk semua arena. (kelebihan mempunyai rod 7sea, Jigging Master, GUSA, Carpanter, United Rod dan reel Stella, Saltiga etc akan memberi kelebihan markah) - 10 markah
  6. Mempunyai reputasi bersih dan berpengaruh di dalam industri serta mempunyai "strong networking" di kalangan pemancing lain dan pengusaha bot.- 10 markah
  7.  Setiap ahli hendaklah mempunyai sikap yang murni, ethic, berfikiran terbuka, berpengetahuan, menerima pendapat, sentiasa belajar serta sudi untuk sama-sama memberi sumbangan tenaga dan wang untuk pembangunan team D7L.- 10 markah
  8. Setiap ahli hendaklah mempunyai kemahiran tinggi dalam mengendalikan trip memancing yang dianjurkan oleh D7L ataupun dari luar D7L.  Ahli tersebut akan bertanggungjawap sepenuhnya untuk penyediaan kemudahan dan keselesaan yang terbaik kepada ahli-ahli trip memancing yang turut serta. Setiap trip yang memperolehi hasil tangkapan yang memuaskan serta menerima maklum balas yang baik diakhir trip akan dinilai dan akan memberikan banyak kelebihan semasa penilaian  KPI pada setiap hujung tahun.- 20 markah
Note:

Calon-calon yang menerima lebih 80%  markah akan diusulkan kepada Board Director D7L untuk persetujuan dan melalui proses undian dari ahli-ahli D7L yang lain sebelum penyerapan kedalam D7L dibuat.

0 comments:

Post a Comment

Komen Sikit Lah