Tweet

ADS

Wednesday 3 July 2013

XPDC Pulau Midai, Natuna (21-26 JUN 2013) PART 1



Pada tanggal 21 Jun 2013 - 26 Jun 2013 explorasi ke Pulau Midai,Natuna ,Indonesia telah diadakan oleh team D7L.. Telah selamat pergi dan selamat kembali dengan kejayaan menakluk perairan ini..

Yang menyertai trip kali ini ialah:-

  1. aku 
  2. Fahiz
  3. pikok
  4. azman
  5. amir
  6. bison
  7. atoz
  8. rostam
  9. Tom
  10. Epol



Di sini sebagai pembukaan, diceritakan dan dikongsi dahulu  sedikit sebanyak mengenai NATUNA dan MIDAI.. 

NATUNA

Pulau Natuna terletak 600 km sebelah timur laut singapura dan 1100 km sebelah utara Jakarta. Daerah  Natuna adalah salah satu daerah  di bawah Wilayah penguasaan Gabenor  Kepulauan Riau. Kedudukkan Natuna terletak paling utara Indonesia. Di sebelah utara, Natuna bersempadanan dengan Vietnam dan Kamboja, di selatan bersempadanan dengan Sumatera Selatan dan Jambi, di bahagian barat dengan Singapura, Malaysia, Riau, dan Wilayah Bintan, sedangkan di bahagian timur bersempadan dengan Malaysia Timur (Sarawak) dan Kalimantan Barat. Natuna berada pada jalur pelayaran internasional Hongkong, Jepun, Korea dan Taiwan.

Secara Geografi  Daerah Natuna terletak di sebelah Utara Indonesia tepatnya antara 2º Lintang Utara – 5º Lintang Utara dan 104º Bujur Timur – 110º Bujur Timur. Luas Wilayah  Natuna ( sebelum Kab. Anambas Terbentuk ) adalah 14.190.120 ha atau 141.901,2 Km2, terdiri dari daratan seluas 323.520 ha (3.235,2 km2) dan perairan seluas 13.866.600 ha (138.66 km2). Wilayah daratan terdiri dari 272 pulau besar dan kecil yang tersebar di perairan Laut Cina Selatan. Dari 272 pulau tersebut, hanya 76 pulau atau 28% yang telah di huni, sedangkan 195 atau lebih kurang 72% pulau lainnya masih belum berpenghuni.

Di antara Pulau Bunguran, Pulau Jemaja ( sekarang masuk Wilayah  Anambas) dan Pulau Serasan. Bersama pulau-pulau lainnya, ketiga pulau tersebut membentuk tiga gugusan pulau iaitu :
  1. Gugusan pulau Anambas, terdiri dari Pulau Siantan, Jemaja dan Palmatak ( sekarang telah menjadi kabupaten Anambas dan pisah dari kab. Natuna )
  2. Gugusan Pulau  Natuna, terdiri dari Pulau Laut,Sedanau, Bunguran dan Midai.
  3. Gugusan Serasan terdiri dari pulau Serasan, Subi Besar, dan Subi Kecil.
Penduduk  Natuna tahun 2008 berjumlah sekitar 106.244 penduduk, dengan pesat pertumbuhan pertahun iaitu 4.29% berbanding tahun 2005.


Berdasarkan kedudukkan  fizikalnya, Natuna merupakan tanah berbukit dan bergunung batu, Dataran rendah dan landai banyak di temukan dipinggir pantai. Ketinggian wilayah antara kecamatan cukup beragam, iaitu berkisar antara sampai 3 sampai dengan 959 meter dari permukaan laut dengan kemiringan 2 sampai 5 meter. Pada Umumnya struktur tanah terdiri dari batuan yang tanah dasarnya mempunyai bahan dasar granit dan alluvial serta tanah organosol dan gley humus.
 PULAU PASIR

Gugusan Kepulauan Natuna juga memiliki pemandangan yang indah, dengan panorama pantai yang masih terjaga keasliannya. Natuna sangat cantik  dan memiliki banyak potensi. Pengunjung dapat menemui pantai, seperti Pantai Tanjung, Pantai Sebagul, Pantai Teluk Selahang, Pantai Setengar, Pantai Sisi Serasan, Pantai Stress dan sebagainya. Sejumlah lokasi bahkan menjadi tempat kegemaran bagi penggemar snorkling, pengamat habitat penyu, dan pecinta hidupan bawah air.
PULAU SENOA

Pengunjung juga dapat mengunjungi Pulau SENOA dengan menggunakan bot dan perjalanan ditempuh sekitar 30 minit. Bila dilihat dari fizikalnya, bentuk Pulau Senoa menyerupai ibu hamil yang sedang berbaring di atas laut. Oleh itu, Pulau ini kerap disebut dengan Pulau Ibu Hamil oleh penduduk setempat. Di Pulau Senoa, pengunjung akan menemukan penyu yang berkeliaran dengan bebas di pinggir pantai. Di Pulau ini juga terdapat sarang burung walet di kebanyakkan gua.

Natuna ketika ini memang menjadi salah satu daerah  pengeluar  minyak dan gas Indonesia. Berdasarkan laporan  kajian Kementerian dan Sumber Daya Mineral (ESDM) tahun 2002, cadangan minyak yang dimiliki Natuna mencapai 308,30 Juta Barel. Sementara Cadangan Gas Buminya terbesar se-Indonesia, iaitu sebesar 54,78 trilion kaki kubik. Tidak menghairankan jika Dana Bagi Hasil  gas menjadi sumber utama pendapatan Daerah Jajahan Natuna.

Untuk sampai ke  ibukota  Natuna (Ranai) , anda boleh   menggunakan perkhidmatan udara . Perjalanan dengan pesawat memakan masa selama kurang lebih 1 jam 30 minit. Atau dapat juga menggunakan jalan laut dengan kapal Pelni dari Pelabuhan Kijang, Tanjung Pinang, Kepulauan Riau. Kapal ini akan kembali lagi ke Natuna satu minggu kemudian.


PULAU MIDAI


Tampak di kejauhan pulau itu teronggok sendiri, terdedah ke lautan cina selatan, lautan yang katanyaberpengaruh sejak zaman Dinasti Ming, kerajaan Cina beribu tahun lalu..


Pulau Midai salah satu pulau terluar negara kesatuan Republik Indonesia (NKRI) pulau yang terletak di Kabupaten Natuna, Provinsi Kepulauan Riau (Kepri), berpotensi tinggi terhadap masalah abrasi pantai. Pulau Midai satu dari 141 pulau di Kepri, juga termasuk pulau bersempadan.

Cuma ada tiga pilihan untuk menuju ke pulau yang terkenal dengan hasil perkebunan cengkih sejak zaman sebelum merdeka ini. Naik Kapal Pelni Bukit Raya melalui pelabuhan Selat lampa dan kapal perintis Sabuk Nusantara 30 di Pelabuhan Penagi dengan kos tak sampai seratus ribu rupiah atau menyewa bot kecil  yang mana kos nya , tiga juta rupiah.

Hamparan pantai nan luas seakan mengucapkan selamat datang dengan ramahnya, cantik. Tiada kata lain untuk mengungkapkan keindahannya.

Secara morfologi pula, Pulau Midai merupakan pulau yang terbentuk dari    gunung api, iaitu secara beransur dari dataran pantai yang relative sempit hingga daerah berbukit  di bahagian tengah pulau. Ketinggian kawasan  berbukit  dianggarkan  dari beberapa puluh meter hingga dari 140 m.

Luas pulau Midai ± 18 km dan dapat di kelilingi dengan berjalan kaki atau kendaraan bermotor. Pulau Midai merupakan salah satu .wilayah kecamatan yang ada di Kabupaten Natuna. Seperti masyarakat Natuna pada umumnya, mata pencarian masyarakat di sana adalah menjadi Nelayan, berdagang dan petani..85% daripadanya bekerja sebagai petani.

Bot-bot kecil di jeti pulau Midai

Pulau yang di kelilingi Laut China Selatan ini hanya memiliki pelabuhan kecil yang hanya boleh disinggahi kapal-kapal kecil sahaja.Kapal - kapal besar hanya dapat berlabuh agak jauh ke tengah Laut untuk menunggu penumpang yang  datang dengan bot-bot kecil.Penumpang Kapal Perintis Binaiya yang bertujuan ke Pulau Midai dan Serasan di Kabupaten Natuna, Provinsi Kepulauan Riau, terpaksa naik-turun kapal di tengah laut kerana tidak ada dermaga atau jeti di pulau tersebut kepada kapal-kapal besar..

Di perairan Pulau Midai dan Pulau Serasan, Selasa, ratusan penumpang kapal Pelni yang hendak turun di Kecamatan Midai dan Serasan harus bertukar  lagi ke kapal kayu kecil di tengah laut untuk sampai ke destinasi.


Team D7L kami dikatakan mencatat sejarah tersendiri apabila dikhabarkan   oleh  Pak M.Napirussa pengusaha Cengkih bahawa kami adalah Kumpulan Pemancing anak melayu pertama dari Malaysia menjejakkan kaki ke Pulau Midai ini.
   Kota terdekat:
  • Singkawang  255 km
  • Kuching  319 km
  • Johor Bahru  496 km
  • Singapura  496 km
  • Sungai Pakning  659 km
  • Kuala Lumpur  686 km
  • Kota Pangkalan Kerinci  722 km
  • Klang  732 km
  • KMR Riau  737 km
  • Pekanbaru  764 km
Koordinat:   2°59'46"N   107°46'51"E

Korpa.. kelapa yang dikeringkan.

Pulau Midai terkenal dengan pengeluar  KOPRA sejak zaman Kesultanan Riau Tahun 1886 .. Kopra adalah  kelapa kering yang terhasil dari Pengolahan Kelapa lalu menjadi Kopra.Selain itu Midai juga merupakan pengeluar cengkih terbesar di dalam Wilayah  Natuna.

Cengkih yang sedang dijemur. Cengkih merupakan rempah 
yang diberi jolokkan "emas cokelat" .

Tanah Midai dikurniakan  kesuburan luar biasa. Di antara deretan pepohonan cengkih, kelapa masih boleh tumbuh subur..

Selain itu Midai juga memiliki catatan sejarah memiliki Koperasi Tertua di Indonesia, iaitu Koperasi
Koperasi Ahmadi & Co oleh Bung Hatta di nyatakan sebagai Koperasi yang tertua di Indonesia.

Sepanjang kita mengelilingi pulau Midai terdapat nama-nama kampung seperti: Sabang Barat, Sabang Muduk Batu Belanak, Air Kumpai, Air Salor, Tanjung Lampung, Air Bunga, Bakau Besar, Bakau Kecil, Jambat, Arung Limau, Suak Midai, Pian Tumu, Sebelat, Air Putih, Air Pancur, Pian Rumput, Tang Keramat, Suak Besar.

epanjang kita mengelilingi pulau Midai terdapat nama-nama kampung seperti: Sabang Barat, Sabang Muduk Batu Belanak, Air Kumpai, Air Salor, Tanjung Lampung, Air Bunga, Bakau Besar, Bakau Kecil, Jambat, Arung Limau, Suak Midai, Pian Tumu, Sebelat, Air Putih, Air Pancur, Pian Rumput, Tang Keramat, Suak Besar. - See more at: http://ghanihendrika.blogspot.com/2013/01/pulau-midai.html#sthash.XSAHgLLV.dpuf
Antara bank yang terdapat di Pulau Midai ini ialah :-

  • Bank Riau (plus ATM)
  • Bank Mandiri (plus ATM)
  • Bank Rakyat Indonesia (plus ATM)
  • Bank Windu
epanjang kita mengelilingi pulau Midai terdapat nama-nama kampung seperti: Sabang Barat, Sabang Muduk Batu Belanak, Air Kumpai, Air Salor, Tanjung Lampung, Air Bunga, Bakau Besar, Bakau Kecil, Jambat, Arung Limau, Suak Midai, Pian Tumu, Sebelat, Air Putih, Air Pancur, Pian Rumput, Tang Keramat, Suak Besar. - See more at: http://ghanihendrika.blogspot.com/2013/01/pulau-midai.html#sthash.XSAHgLLV.dpuf
epanjang kita mengelilingi pulau Midai terdapat nama-nama kampung seperti: Sabang Barat, Sabang Muduk Batu Belanak, Air Kumpai, Air Salor, Tanjung Lampung, Air Bunga, Bakau Besar, Bakau Kecil, Jambat, Arung Limau, Suak Midai, Pian Tumu, Sebelat, Air Putih, Air Pancur, Pian Rumput, Tang Keramat, Suak Besar. - See more at: http://ghanihendrika.blogspot.com/2013/01/pulau-midai.html#sthash.XSAHgLLV.dpuf

1 comments:

  1. Bagus memancing di sana,, 1..bagaimana mahu hubungi bot memancing di sana...2. bagaimana mahu kesana? melalui mana?

    ReplyDelete

Komen Sikit Lah