
D7L
asalnya telah di asaskan oleh En Arfizzi Zulkifli (Bilis - Chairman
D7L) pada tahun 2007 bersama En Khairul Annuar (Nuar GT - 72 Vice
Chairman). Pada ketika itu, keduanya merupakan ahli kepada Team GZJ
(Geng Zahari Jaafar), team yang cukup popular dan dihormati ketika itu.
Pada tahun 2008 mereka menubuhkan D7L secara rasmi dgn mengambil En Saiful Izwan (D7L1 - Protege Arfizzi) dan En ML Azlan (D7L5 - Protege Khairul) kedalam D7L . Sejak dari itu, D7L secara aktif mencari dan memilih anggota2 baru dan untuk diserap sebagai anggota organisasi. Sehingga kini D7L secara rasminya dianggotai oleh 10 org ahli D7L beserta 8 orang protage. Secara umumnya seluruh operasi D7L dipantau oleh En Arfizzi dan En Khairul Annuar dan diselia pantau oleh Penaung D7.
Setiap pemancing akan dinilai sepenuhnya oleh penaung D7L bersama khidmat nasihat dari Dewa Senior berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan semasa penubuhan team D7L. Setelah 80% daripada ciri-ciri yang diperlukan menepati syarat-syarat kemasukan D7L, setiap ahli D7L akan membuat undian untuk kata sepakat sebelum membuat penyerapan. Ini bermakna kemasukkan ahli D7L adalah amat ketat dan akan dinilai terlebih dahulu
untuk memastikan qualiti dan pengalaman memancing ahlinya selaras
dengan piagam dan qualiti yang telah ditetapkan semasa penubuhannya
dahulu. D7L amat berpandangan jauh dan akan meneroka
serta mengenal pasti setiap pelusuk kawasan memancing di serata tempat
untuk mencari lapangan pancing yang terbaik untuk memenuhi objektif dan
manifesto sebagai pemancing profesional bertaraf dunia. Setiap ahli
juga mendukung tanggungjawab membawa nama baik team ini memandangkan D7L
kini mula dikenali melalui saluran internet, forum memancing dan media
massa (Berita Harian, Majalah Umpan,Sirip & Pancing). D7L
juga amat komited dan akan menyokong sepenuhnya pembangunan industri
memancing di tanahair dengan bersedia membantu menyalurkan maklumat
berkaitan memancing kepada pemancing lain berdasarkan pengalaman serta
pengetahuan selepas menceburi dunia memancing lebih dari 15 tahun.
Syarat-syarat penyertaan D7L
- Pengalaman memancing melebihi 10 tahun - 10 markah
- Setiap ahli hendaklah berpengalaman luas dalam dunia memancing serta sudi untuk menyalurkan pengalaman dan pengetahuan kepada ahli-ahli yang lain. - 10 markah
- Berpengalaman
luas dalam semua arena memancing dan teknik Fresh/Saltwater gamefishing
seperti Jigging, Popping, Casting, Fly Fishing. (Laut dalam, Sungai
& pergunungan,Tasik, Kolam,) - 20 markah
- Dikenali dulu dan sekarang, berkemahiran tinggi serta mempunyai hasil tangkapan terbaik yang diiktiraf oleh pemancing yang lebih senior dan media massa.- 10 markah
- Mempunyai
kelengkapan lengkap dan high end untuk semua arena. (kelebihan
mempunyai rod 7sea, Jigging Master, GUSA, Carpanter, United Rod dan reel
Stella, Saltiga etc akan memberi kelebihan markah) - 10 markah
- Mempunyai
reputasi bersih dan berpengaruh di dalam industri serta mempunyai
"strong networking" di kalangan pemancing lain dan pengusaha bot.- 10 markah
- Setiap ahli hendaklah mempunyai sikap yang murni, ethic, berfikiran terbuka, berpengetahuan, menerima pendapat, sentiasa belajar serta sudi untuk sama-sama memberi sumbangan tenaga dan wang untuk pembangunan team D7L.- 10 markah
- Setiap ahli hendaklah mempunyai kemahiran tinggi dalam mengendalikan trip memancing yang dianjurkan oleh D7L ataupun dari luar D7L. Ahli tersebut akan bertanggungjawap sepenuhnya untuk penyediaan kemudahan dan keselesaan yang terbaik kepada ahli-ahli trip memancing yang turut serta. Setiap trip yang memperolehi hasil tangkapan yang memuaskan serta menerima maklum balas yang baik diakhir trip akan dinilai dan akan memberikan banyak kelebihan semasa penilaian KPI pada setiap hujung tahun.- 20 markah
Note:
Calon-calon yang menerima lebih 80% markah akan diusulkan kepada Board Director D7L untuk persetujuan dan melalui proses undian dari ahli-ahli D7L yang lain sebelum penyerapan kedalam D7L dibuat.